Friday, February 1, 2013

CARA CONVERT FILE WORDPRESS KE BLOGSPOT

Posted by Puan Ummi at 8:18 PM
CARA CONVERT FILE WORDPRESS KE BLOGSPOT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Orang selalu membicarakan penyedia wordpress. Ramai blogger yang saya lihat telah berpindah dari hosting blogspot ke wordpress. Tahniah.

Bagaimanapun saya ingin jua buat entry ini memandangkan saya perlu buat back up file kerana pernah wordpress self hosting saya hilang kesemua datanya. 

Adalagi kemudahan yang memudahkan rakan-rakan blogger, kemudahan yang boleh dengan mudah mengubah blog wordpress ke blog blogger. Perkhidmatan ini disebut sebagai Wordpress2Blogger. 




Dengan perkhidmatan ini kita boleh dengan mudah memindahkan atau tepatnya meng-convert blog WordPress ke blog Blogger. WordPressToBlogger boleh digunakan untuk mengimport categories atau label, postingan, tag dan komentar pada blog WordPress ke blog Blogspot / Blogger.

Cara convert WordPress Ke Blogger relatif mudah, waktunya pun hanya memerlukan masa beberapa minit. Langkah-langkah convert WordPress Blog To Blogger Blog:


     Login ke WordPress, lalu Click Tab My Dashboard

     Click Menu Tools dan pilih Sub Menu Export

     Click butang Download Export File, ingat lokasi anda menyimpan file export yang anda download.

     Buka web http://wordpress2blogger.appspot.com/

     Click butang Browse arahkan ke Direktori tempat anda menyimpan file export yang di download tadi, kemudian tekan butang Convert.

     Buka web http://www.blogger.com kemudian login, pilih Create New Blog, dan pilih import blog, dan browse dari lokasi kita menyimpan file blogger hasil convert blogger tadi.

     Tekan butang Upload tunggu beberapa saat dan selesai.



0 comments:

Post a Comment

 

...tutorial blog koi... Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop